Saturday, 21 December 2013

Kita selalu mengagung-agungkan tokoh2 yang bukan islam..Sebenarnya kalau korang sedar tokoh2 islam lebih hebat jika dibandingkan dgn tokoh2 yang lain.Kebanyakkan tokoh2 barat mencedok karya tokoh2  islam..Bagi yang beragama islam,tokoh kita yang paling kita hormati dan disanjungi adalah Nabi Muhammad SAW yang tercinta dan mempunyai sifat peribadi yang sangat mulia.

Kalau nak disenaraikan tokoh2 islam mmg ramai sebenarnya..Jadi harini aku pilih  Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.  Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.Di negara barat beliau dikenalidgn nama Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah: Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Antara teori2 yang dihasilkan oleh Ibnu Haitham adalah Teori hukum pembiasan,Teori penglihatan,Teori biasan cahaya dan beliau jugak menceburi bidang astronomi dan fizik.Kesimpulannya Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.



No comments:

Post a Comment